Followers

Thursday, 2 February 2017

BAWAL SATIN RM10

Dah 1 tahun tak update blog, tiba2 update pasal tudung. Haha. Business tudung ni dah masuk 3 bulan dah. Harap2 boleh pegi jauh. Jom jamu mata tengok tudung bawal material satin corak terbaru. RM10 je. Sis jual tak mahal walaupun minyak naik. Hihi.


Material : Satin (ringan)
Ukuran : 1.1m x 1.1m (bidang 45)
Harga : RM10
Pos : RM 8 SM, RM 10 SS

BUY 10 FREE 1

Kalau suka & rasa nak try pakai satin, WA +6012 333 4487 eh. Confirm tak kemek & tudung tak ke depan bila tengah mengunyah. Haha. Lagi senang kalau tengok kat IG : @hijabbylizha. Tu paling cepat update design terbaru.









































Wednesday, 9 December 2015

Info Kehamilan #8 : Imbasan 3D, 4D Sejauh Mana Membantu

Maksud Imbasan 3D & 4D
Imbasan 3D : gambar statik tiga dimensi - gambar berwarna oren
Imbasan 4D : empat dimensi dengan video tiga dimensi

Bila imbasan 3D & 4D boleh dilakukan?
Usia kandungan 26 minggu sehingga 32 minggu. 
Sebelum 26 minggu, bayi mempunyai sangat sedikit lemak di bawah kulit. Jadi, tulang muka akan mudah dilihat dengan lebih jelas. 
Selepas 32 minggu, kepala bayi akan pergi jauh kepada ke dalam pelvis dan mungkin tidak dapat melihatnya.
Pada minggu ke-28, jika plasenta berada di hadapan rahim (anterior plasenta), imej terbaik bayi dapat dilihat.

Faktor mempengaruhi imbasan 3D & 4D
- Maternal habitus (gemuk/kurus)
- Posisi bayi ketika imbasan
- Kandungan air ketuban
- Usia kandungan

IMBASAN DAN KEPERLUAN
Imbasan ultrabunyi juga dikenali sebagai imbasan ultrasound ataupun sonografi yang melibatkan pemancaran gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan imej bayi akan dipantul balik. Pantulan ini kemudiannya diproses oleh mesin dan komputer untuk mewujudkan imej pada skrin yang mendedahkan kedudukan dan pergerakan bayi.

Imbasan ultrabunyi dianggap sebagai kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Ia berbeza dengan x-ray di mana ia menggunakan pengionan yang membahayakan manakala imbasan ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Pengimejan ultrabunyi, juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrabunyi diletakkan terus pada kulit. Pengimejan ultrabunyi merupakan ujian perubatan invasif yang membantu mendiagnosis dan merawat kaedag perubatan.

Biasanya sonografer akan melihat kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma; abdimen termasuk buah pinggang, pundi kencing, perut, tulang belakang, anggota badan termasuk tangan dan kaki. Imbasan ini perlu dilakukan di dalam keadaan yang baik dan memerlukan kerjasama bayi.

Aspek-aspek yang dinilai
- Kadar jantung baui
- Bilangan bayi
- Kedudukan plasenta
- Jumlah cecair amnion sekitar bayi
- Tempoh pembukaan laluan serviks
- Rahim ibu

Kepentingan ultrabunyi
- Mengetahui kedudukan uri dan tahap air ketuban
- Menentukan usia sebenar bayi dan jangkaan tarikh lahirnya
- Mengetahui bilangan bayi sama ada tunggal atau kembar
- Memeriksa perkembangan fizikal bayi dan kecacatan kelahiran
- Memeriksa perkembangan bayi sama ada sesuai dengan peringkat perkembangannya

|Pengalaman Mengandungkan Aryan|
Masa pregnant Aryan dulu memang tak sabar nak scan 3D & 4D. Nak tau muka Aryan ikut siapa. Hehe. Tapi lebih kepada kesihatan & kesempurnaan Aryan la. Saya buat scan 3D & 4D kat Pusrawi Kota Damansara, harga paling murah saya survey, RM120. Masa pergi scan tu malam. Yang bestnya kalau scan kat sini selagi tak nampak muka baby, tak dikenakan bayaran. Maka, berusaha lah saya guling2 kan perut nak suruh Aryan nampak muka. Dari dalam perut Aryan ni suka tido malam. Sampai scan tu, kena kejut dia. Sebab tangan dia halang muka. Yang lawaknya ada video Aryan siap menguap lagi. Comel! Lama jugak nak dapatkan muka Aryan. Sampai kena tawaf bangunan Pusrawi tu jugak la sebab nak kejutkan si boolat tu dari tido. Walaupunt tak 100% tepat, tapi ada iras-iras jugak muka Aryan bila dah lahir. Lagi-lagi tang pipi boolat tuh. Hihi.

Pipi boolat. Sedap je dia tido.

Buka mata dah. Mata besar boolat macam ayah dia.

Suka senyum pulak tu.

video
Video budak boolat menguap.

Monday, 26 October 2015

Puree Si Boolat #4 : Cara Pengendalian Puree ke Taska/Pengasuh

Sejak jadi "mak puree" ni, ramai yang tanya macam mana saya hantar puree ke taska. Cara sama macam handle susu EBM. 2 benda paling penting, cooler bag & ice pack. Walaupun taska sebelah rumah je, tetap jugak nak letak puree dalam cooler bag. Hehe. Ye la. Mana tau kan. Kita pesan suruh masuk dalam fridge, tapi teacher taska tu letak je atas meja, tak ke naya. Bukan nak menuduh, tapi lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Teacher tu bukan nak jaga anak kita sorang. Dia dah bagi makan anak kita ikut masa pun dah kira Alhamdulillah :)


Si Boolat Aryan makan 6 bekas/hari. 1 bekas ada 2oz. Orang kata kalau baby dah start makan, menyusu dah kurang. Tapi Aryan menyusu dari dulu, 20oz/hari. Haih. Ibu memang struggle nak buat stock EBM sekarang. Masa puasa dah banyak guna stock EBM.

Kalau perasan, 2 bekas saya letak sticker "pagi". Sebab 2 bekas tu je puree perisa lain. 4 lagi bekas perisa sama. Takut kalau tak letak sticker, nanti teacher tak perasan bagi campur-campur pulak.

Bekas puree tu saya beli kat baby expo tahun lepas. Dah ada 4 tray dah. 8 bekas/tray. 1 bekas = 2oz. 

Bekas ni memang khas untuk freezer & yang paling penting, BPA free. Paling best, tray ni boleh stack. Jimat ruang dalam peti ais.


Saturday, 24 October 2015

Puree Si Boolat #3 : Cara Penyimpanan Puree


Berapa lama puree bayi boleh disimpan di bahagian chiller peti ais?
Seelok-eloknya 48 jam, maksimum 72 jam.
Tujuan had masa penyimpanan bagi mengelakkan pembiakan bakteria dalam puree dan bau peti ais dari meresap dalam ke dalam puree.

Berapa lama puree bayi boleh disimpan di bahagian freezer peti ais?
1 bulan.

Selepas dikisar, bolehkah puree terus dimasukkan dalam peti ais?
Tak boleh. Biarkan sejuk dahulu, kemudian simpan dalam peti ais (chiller/freezer).
Tujuan penyejukan bagi mengelakkan pembiakan bakteria berbahaya. Puree perlu disimpan dalam peti ais maksimum 2 jam selepas dikisar.


Friday, 23 October 2015

Puree Si Boolat #2 : Cara Memanaskan Puree

Entri kali ni agak simple, sambungan dari entri yang lepas. Ramai jugak yang tanya macam mana saya panaskan puree sebelum bagi makan Aryan. Ada yang tanya perlu panaskan dalam periuk ke? Ataupun guna microwave. 

Biasanya setengah jam sebelum saya bagi makan Aryan, saya akan keluarkan puree dari chiller dan panaskan guna warmer. Warmer ni memang saya beli untuk bawa ke taska, senang teacher panaskan susu EBM. 

Cara panaskan puree menggunakan warmer

Disebabkan si boolat Aryan saya ni makan puree 2 bekas (4oz) sekali hadap, saya panaskan bekas puree lagi satu dengan cara rendam dalam bekas berisi air panas. Kalau dah habis bekas puree pertama tadi, Aryan protes kalau ibu lambat suap. Huhu. Lepas keluarkan bekas puree pertama tadi dari warmer, terus panaskan bekas puree kedua pulak. Dah la Aryan ni jenis suka makan puree panas-panas. Kalau sejuk/suam sikit, slow motion je makan.

Cara panaskan puree menggunakan rendaman air panas

Jom layan video si boolat Aryan makan puree. Sambil ketuk-ketuk jari ke meja, dalam hati Aryan... "Lambatnye la hai ibu suap puree ni." Hewhew.

video

Friday, 16 October 2015

Puree Si Boolat #1 : Cara Penyediaan Puree

Al-kisahnya minggu lepas buat album Puree Si Boolat kat Facebook. Selalu main upload je gambar puree, bersepah-sepah kat timeline. Tak sangka album "Puree Si Boolat" jadi viral. Niat nak simpan untuk rujukan diri sendiri. Ramai pulak yang share. Alhamdulillah..

Tiba-tiba terasa macam retis. Hewhew. Friend request rasanya setakat ni dah lebih 50 orang saya approved. Tu belum campur lagi dengan private message. Tak terlayan nok! 

Soalan-soalan lazim "Macam mana buat puree? Rebus ke kukus? Letak air tak masa blend?". So, entry kali ni saya akan terangkan step-by-step Cara Penyediaan Puree Si Boolat. Disebabkan puree si boolat ni la saya update entry baru lepas 7 bulan bersawang. Hihi.

PUREE KELEDEK+LOBAK+EPAL

Bahan-bahan : Keledek, Lobak, Epal
Ikut selera masing-masing ya. Kalau rasa nak manis lagi, lebihkan epal. Nak rasa berlemak, lebihkan keledek.
Epal memang buah favourite Aryan. Kalau boleh, saya akan letak buah epal dalam semua puree Si Boolat tu =)

Kupas kulit & potong kecil-kecil.
Potong saiz dalam 1-2cm untuk Avent-Blender & Steamer.

Letak buah-buah yang dipotong tadi dalam blender.
Saya gunakan Avent-Blender & Steamer.

Tuangkan air dalam bekas untuk proses mengukus.
Khas untuk Avent-Blender & Steamer.

Proses mengukus.

Kiri-kukus. Tengah-off. Kanan-kisar.

Siap kukus. Terbalikkan bekas.

Proses mengisar.
Kalau gunakan blender Avent ni tak perlu letak air untuk mengisar. Sebab air kukus dah siap ada dalam bekas. Blender lain kena letak air ye.

Siap. 
Letak dalam bekas untuk sejukkan sebelum pindahkan ke chiller.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...